Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Follow_the_Yellow______by_photofrk77 copy
Selasa ini kite dah pun menyambut Tahun Baru Islam @ Maal Hijrah 1432H. Ia adalah suatu hari yang amat penting untuk umat islam menghayati dan memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Mari lah kite sama² menghayati bagaimana pengorbanan Rasulullah (SAW) dan Para Sahabat sendiri, untuk menegakkan islam pada suatu ketika dulu. Mereka sangup bergadai nyawa, kehilangan harta benda,  masa dan tenaga.. semata-mata untuk memperluaskan islam diserata dunia. Dimana saya, awak, korang berada semasa ISLAM memerlukan kite ??? Apa pengorbanan saya untuk Islam ? Apa pengorbanan korang untuk Islam ?
Saya sendiri takut untuk tulis artikel ini, sebab saya sendiri bknnya baik dan sempurna…saya sama juga seperti anda…. Saya juga bnyk melakukan dosa. Tp tak salah kan kite berniat untuk berubah kearah kebaikkan. Bukankah dalam Islam itu sendiri dengan kite berniat membuat kebaikkan sudah dapat pahala dari ALLAH SWT. Semoga kite diberi kekuatan untuk lakukan melalui perbuatan pulak.. INYA ALLAH.
Perjalanan saya masih jauh… begitu juga anda. Jadi, mari lah kite sama² memperbaiki kesilapan kite yang kite lakukan dulu. Saya berdoa agar saya dan anda kuat dan sabar untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan yang akan datang. Jadi saya akan kongsikan kepada anda Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.
doa-akhir-tahun Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-awal-tahun Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

0 comments:

Post a Comment